Sesi Perbincangan Bersama Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd untuk Semakan Kurikulum

Program Ijazah Sarjana muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan) Dengan Kepujian (SEB), Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) sedang melaksanakan semakan kurikulum untuk penambahbaikan kualiti berterusan bagi program akademik SEB. Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) adalah satu proses jaminan kualiti bagi memastikan program akademik yang ditawarkan kekal relevan, dinamik dan berdaya saing.

Sesi bersama Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd untuk Semakan Kurikulum telah diadakan pada 4 Disember 2020 bermula jam 9.00 pagi yang melibatkan Timbalan Dekan Akademik FBKT, Prof. Madya Dr. Mahani Binti Yusoff dan Ketua Jabatan Asas Sains, Teknologi dan Kejuruteraan, FBKT, ChM Ts Dr Nor Hakimin Bin Abdullah. Wakil daripada Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd adalah En. Khairul Anuar Bin Abu Bakar yang merupakan Process Engineer (Paintshop) dan Cik Nurul Adillah Farhana binti Ab Malek yang merupakan Internal Auditor di mana kedua-duanya adalah alumni SEB.

Sesi perbincangan berlangsung dalam keadaan baik di mana terdapat input-input berguna berkaitan program pengajian, cadangan penambahbaikan dan potensi kerjasama antara SEB dan CTRM yang akan dilaksanakan.

Dr Nor Hakimin Abdullah